Showing posts with label mary kay. Show all posts
Showing posts with label mary kay. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

Jom kuruskan peha ♥

Assalamualaikum semua...5 senaman untuk kecilkan peha version Kevin Zahri yg dicedok dr blog lain jugak....

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha versi Kevin Zahri

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:

Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Selamat bersenam....yg penting ISTIQAMAH!

♥ Timewise Miracle Set ♥

Timewise Miracle Set (twm)

Alhamdulillah done with products knowledge pasal timewise miracle set (twm) yg mmg sgt miracle ,sgt ajaib ni, sy nak berkongsi sedikit tentang bagusnya, hebatnya twm ni...

TWM ni mengandungi 4 item:
1)Clense
2)Moisturizer
3)Day solution
4)Night solution

1)Cleanse

Tahukah anda yg cleanse ni mempunyai fungsi 3 in 1 iaitu membersih, mengelupas, Dan menyegar. Bagi yg pernah menggunakan atau tau psl Botanical Effect set, atau sesiapa sahaja yg sudah biasa dgn skincare set,anda pasti tau item yg normal utk skincare set iaitu cleanse, mask, freshen/toner, hydrate/moisturizer...tu dlm set ni perasan tak, tiada toner n mask..itu kerana twm cleanse ni da lakukan semua kerja tu..di samping membersihkan kotoran, ia juga membuang kulit2 mati di muka kita yg biasanya dilakukan oleh mask, Dan menyegarkan muka, yg biasanya dilakukan oleh toner/freshen...Best tak cleanse twm ni...baca je pon da rasa best kan...belum lagi pakai sendiri...

2)Moisturizer

OK moisturizer ni pulak...rasanya ramai yg tau fungsi moisturizer ni adalah untuk melembabkan muka kite...moisturizer ni sgt penting ye..utk  memastikan kulit kite tidak kering..mungkin ramai yg tak tau betapa tak eloknya kulit kering, kedutan muka akan cepat muncul..muka akan cepat tua...nak ke muka nampak tua  dr usia.....?

3)Day solution

Day solution ni adalah untuk melindungi kulit dari sinaran matahari, ia mengandungi spf 25 ye...tau tak 1spf dpt melindungi kulit dari sinaran matahari selama berapa lama..?? Ni confirm ramai yg x tau kan ...? OK jawapannya ialah 20minit..so bygkan 25 x 20 berapa minit kulit kite dilindungi...hampir sama dgn waktu kite keluar bekerja kan...mcm sgt sesuai je kan waktunya...

4)Night solution

Night solution ni pulak adalah utk membaiki kulit kite dalam waktu tido kita...tau tak night solution ni supply fresh vitamin kepada muka kite, vitamin utk muka ni penting ye, sama jugak mcm badan kita yg memerlukan vitamin utk sihat muka pon nak vitamin jugak utk muda 10tahun..kalo anda perasan dlm night solution ni ada biji2 halus, dalam biji2 halus ni la tersimpannya vitamin tu..mcm mana yg dikatakan fresh tu..OK biji2 dlm tu dia takkan pecah duk dlm tu ye,dia hanya akan pecah di saat kita picit keluar, waktu tu die akan pecah, jadi selama dia duk dlm botol tu, vitamin tu terjaga dlm biji2 tu...ok yg ni pon mungkin ramai yg tak tau...tau tak waktu bila kulit kite aggressive bekerja... Waktunya adalah antara jam 12tgh mlm hingga 2 pg..so sesiapa yg nak cantik n nampak muda 10 tu..rajin2la tido seblm jam 12 supaya kulit kita dapat bekerja keras mencantikkan tuan mukanya..

Nampak tak bezanya dgn Botanical Effect (BE) set...bagi mereka yg pernah guna, anda mungkin dah tau..BE ni adalah utk mereka yg masih muda remaja, Dan twm adalah untuk mereka yg umur tinggi skit..yelah bila da meningkat umur lagi banyak benda yg diperlukan untuk kulit kita.. Bila meningkat dewasa, banyak yg dah kurang sbb tu la lagi banyak kene pakai di muka..so kepada yg masih muda ni jagala kulit anda dr sekarang supaya kelak tak susah dah nak jaga muka tu...Dan berhati2la dlm pemilihan product.. Jangan CANTIK utk waktu sekarang je..tapi pilihla CANTIK yg sihat..CANTIK yg untuk jangka masa panjang bukan CANTIK yg sementara...zaman sekarang ni ramai yg nak cantik dengan cepat tanpa mengira kesan akan dtg...akibatnya, bila muka dah rosak boleh bila ke..Allah anugerahkan kita muka ni satu je..jadi jagala muka anda sebaiknya..

Sekian, assalamualaikum...♥♥♥

Nak cuba set ni, WhatsApp 017 3751689,SMS 019 2610922